Hangout




 Assalamualaikum,

Holla! Amacam, ok tak blog aku? Actually, aku nak buat warne pink/biru tapi aku berkenan dengan background ni so aku decide nak buat warne purple. Btw, semalam aku pergi alamanda dengan Izzati, Inda, Azleen & Fatin. Kitorang tengok cite Alvin & The Chipmunks 3. Best la jugak. Ok gtg. Aku nak makan. Tata

Story 9: Hahahaha

 

Assalamualaikum, 

Ahahahahaha, sakit perut aku tengok video ni. Hai Encik Mimpi, Encik Mimpi, kau buat aku sakit perut petang ni tau. Ahahahaha.

Story 8: 'Girls become the goddess'

Assalamualaikum,

Ha.. ce tengok video kat atas tu. Serious GEMPAK!!! Yes, aku memang addicted kat diorang.

Story 7: Demam.. *cough cough




Assalamualaikum,

Fuhh, lame tak update blog  kan? Bukan sengaje tak nak update. Aku tak update sebab tak de story. Plus, aku ni baaaaaru baik demam tau*cough cough. Btw, 2 hari lepas ade gerhana kan kan? Korang dapat tengok tak? Aku tak dapat :'(  Demam punye pasal la. Haishh tak pe la, dah bukan rezeki aku kan. Nak buat macam mane. Hmm, aku rase post kali ni samapi ni je la. Bye byee

Story 6: School Holiday

 
Assalamualaikum, 


Another day without school. Haihh boringnye. Pelik kan? Waktu sekolah rase tak nak pegi sekolah. Waktu cuti panjang macam ni baru la rase nak pergi sekolah. Semalam aku pergi beli baju sekolah! Ha? tak kesah? Kalau tak kesah tak yah bace post ni. Kesah tak kesah aku nak cite jugak. Hmmm, ingat tak pasal duit RM 100 tu? Haiyooo, tak cukup la. Bagi la banyak sikit. Beli kasut dengan tracksuit je dah RM 43. Tu tak masuk lagi dengan yuran, buku dengan baju sekolah. Plus, tahun depan sekolah aku kene pakai baju unit beruniform lengkap. Bile aku bayangkan baju tu, dengan tudung kene masuk dalam baju, dengan hargenye. Plus, aku ni KRS. Baju dia macam baju polis. Ya Allah! Tak sanggup aku. Nasib minggu pertame tu aku pakai t-shirt. Minggu pertame je la. Haishhh, perlu ke pakai macam tu? Ok la, GTG. Byebyee 

Story 5: We born to win!

Assalamualaikum,


Hoho, siap meng-edit blog. Ok tak, ok tak? Bak kate Izzati RAINBOW~~ Haha. Ok, story for today. Hari ni sebenarnye ade jamuan pengawas tapi aku tak pergi sebab takde sape nak hantar. Plus, rumah aku ni jauh dari rumah kawan-kawan aku yang lain(pengawas). Takkan la aku nak suruh diorang amik aku kat Presint 14 ni ha. Haiyooo. Haaaa!!! Nak bagitau ni, aku dah tau result perikse. Tapi terok laaa. 1A6B1C. Perghh, amacam? cantik dak? Hahaha. Aku dapat no 10 dalam kelas, no 16 dalam tingkatan. Ok aku tau terok kan? kan? Haishh tu la main Facebook je keje. Tapi aku bersyukur la sebab at least ade la jugak A daripada takde memang buat malu je kalau turun kelas. Terpakse tebalkan muke. Ok la, bye bye. Jumpe esok!

Story 4: Holiday!

Assalamualaikum,

Woahhh, berkurun aku tak update blog. Story? Mestila ade. Nak tau? Nak nak? Okay2 aku straight to the point je la eh. 1-4 december hari tu aku pergi Cherating sebab mak aku ade keje. Aku pegi satu hotel ni(name dirahsiakan eh). Aku kalau pegi hotel tak swimming memang tak sah! Memang selama 4 hari tu aku swimming la. Sampai je kat rumah.... Habis rambut dengan muke aku. Rambut aku memang haihh, keras gile! Muke pulak bukan burn satu hal. Tambah lagi dengan merahnye, dengan menggelupas nye. Ya Allah! Tak boleh nak describe la perasaan aku. Sampai hari ni muke aku still menggelupas. Gatal pulak tu. Rambut pulak ade la perubahan sikit. Btw, mase kat Cherating tu aku nampak ade orang surfing! Teringin pulak aku nak belajar surfing tu. Tapi bile pikir balik pasal kulit aku ni, tak jadi la. Ok la, perut aku ni dah macam macam lagu yang dikeluarkan. Bye bye

Story 3 : Argghhh! Bosan gilerr

  

Assalamualaikum, 

Why ha? Sejak kebelakangan ni kan, aku sentiasa BOSAN(hate this word). Huhh..hari ni adik-adik aku SEMUA pergi rumah embah(nenek n atok untuk jawa k) aku. Happy tu happy sebab rumah takde la bersepah sangat :3 tapi agak sunyi la diorang takde. Malam ni aku tidur sorang la jawabnye. Dah la kat sekolah tadi aku, Izzati, Inda, Dania, Afiq ngan Firdaus cite pasal hantu.. Adusss. Habis la aku.. Takpe Noreen takpe. Berani kan diri kau. Yeah! Aku boleh! XD.  

Kat sekolah tadi ade a very very bad news. Dan aku sangat sangat benci news ni... The news is, AKU TAKDE A!! Habis la aku... #sobsob. Nak tau kenape? Kalau tak nak sudah. Tekan butang merah tu, habis cite. Yang nak tau tu kan, aku tak de A sebab 80 ke atas baru A. TIDAAAKKK!! Aku tak nak masuk 2 Beta!! NOOOO!!! Uhuk...uhukk... Okay la tu jee. Mau tido. BYEBYEE :D

Story 2 : PARANORMAL + PONTENG....


Assalamualikum, 

Haaa, nampak tak gambar kat atas tu. Sape pernah tengok tu tau la kan. Actually aku bukan nak cerita pasal movie kat atas tu. Tapi story aku kali ni ade kaitan la. Cite dia mula macam ni.... Pagi tadi dalam pukul 8 lebih kelas Alpha kene hantar buku teks. So kitorang pegi la bilik B.O.S.S. Settle pasal buku teks, kitorang pegi kelas letak buku. Lepas tu keluar je dari kelas terus takde hala tuju sebab sepatutnya kat form 1 kene ade kat dewan, ada ping pong. Aku, Izzati, Najihah, Dania, Putri malas nak pegi dewan sebab kitorang bukan terlibat pun. 

Kitorang decide nak buat PARANORMAL ACTIVITY(seraaaammm) tapi tak tau nak buat kat mane. Lepas tu, semua sepakat nak pegi tandas sebab waktu tu PENGETUA ada dekat aras same dengan kitorang. Plus, kitorang nak buat PARANORMAL tu jugak tapi disebabkan tandas tu cerah(ceh,bunyi macam berani >_<) tak jadi la nak buat. Keluar je dari tandas nampak Cikgu Saudah. Mula dah cuak. Mase cikgu tanye nak buat ape kat depan tandas tu aku rase lidah aku keras semacam. Pastu, Dania dengan Putri pun jawab la yang kitorang baru keluar tandas. Tibe-tibe cikgu tanye, ade terlibat dengan ping pong tak? dengan laju nya kitorang jawab tak. Lepas tu, cikgu mintak tolong. Aku dengan Izzati melompat sebab terlepas daripada terkurung dekat dewan tu. 

Sampai je dekat Bilik Kokurikulum, cikgu bagi keje. Mula-mula tu ingat sikit je. Rupanya banyak. Lepas dah lame buat keje tu, Izzati ajak aku pegi 'tandas'. Again "TANDAS" means KELAS. Sebenarnya tu alasan kitorang nak pegi kelas untuk amik buku teks.Hehehehe.... Masa nak keluar tu, Dania tengah cakap dengan Danissa. Cikgu Zaida mintak tolong kat diorang suruh pegi makmal sains. Tapi diorang pegi lari. Aku dengan Izzati terpaksa dengan ikhlasnya tolong cikgu pegi makmal sains untuk amik charger Nokia. Kitorang pun turun la. Kitorang tak lupa ye tujuan asal keluar kejap dari Bilik Kokurikulum. So, kitorang naik atas balik nak amik buku teks. Masuk masuk je, nampak Cikgu Noriani. Adusss. Cikgu tu pulak mintak tolong pegi dewan(arh dah la baru je naik, duduk pun tak sempat) amik kertas ape tah. Dengan rela nya, kitorang turun. 

Sampai je, cari kertas tu, TAK JUMPA. Izzati pegi la tanye Cikgu Hanim pasal kertas tu. Cikgu jawab ' kertas tu cikgu bagi kat Pn. Rumaizah' Memang aku rase macam nak menjerit je time tu. So, aku dengan Izzati pun naik la kelas. Tengok-tengok, Cikgu Noriani takde kat kelas. Aku pun terduduk la dekat depan kelas tu. Penat gile nak mati! Tak lame lepas tu cikgu sampai. Izzati pun cakap la kat cikgu pasal kertas tu. Lepas tu kitorang pegi balik Bilik Kokurikulum. Kitorang lalu jalan gelap dengan gaya zombi. Mulut aku pulak gatal, aku cakap la satu ayat ni. Aku cakap sekali. Izzati sekali. Izzati kate dia ingat kan kali ketiga tu aku yang sebut. Lepas tu dia kate dia nampak SOMETHING. Tibe-tibe dia lari, aku pun ikut je la jejak langkah dia. Sampai je, aku dengan Izzati cerite pasal tu. THE END(sebenarnya ade lagi, tapi tangan ni dah penat menaip :3)


Story 1: Happy Deepavali!


Assalamualaikum, 

First of all, kepada semua penganut agama Hindu , Selamat Hari Deepavali! Semalam, hari ni dan esok aku CUTI sempena Deepavali(macam aku sambut =='). Jap eh biar aku refresh balik memory aku ni. Ha! Selasa hari tu aku overnight dengan Izzati & Izzat. Sebenarnya Najihah yang ajak aku dengan izzati overnight. Tunggu punya tunggu tengok jam dah pukul 12 PAGI. Memang dia takkan on la time tu -_-' Aku malas nak tutup laptop aku on je la. Aku paling SUKA kalau chat dengan Izzat tu. Nak tunggu dia reply, boleh tertido aku. Tengah chat dengan Izzat tiba-tiba dia off. Memang bertambah SUKA la aku chat ngan dia. Lepas tu dia on balik, aku tanya dia asal on,off,on,off dia jawab dia kena berlakon tido sebab parent dia masuk bilik. Memang boleh dapat award la macam tu. Okay habis cite pasal Izzat. Now, pasal besties aku yang sorang ni pulak. Aku pikir dia tunggu Ancik dia tu. So bile Ancik dia on aku bagi la tau dia. Aku tak tau ape jadi dengan diorang lepas tu Izzati kata 'Biar la dia'. Aku tanya dia kenapa, dia tak nak jawab. Terpaksa la aku pujuk. Lepas berhempas pulas aku pujuk dia, baru dia bagi tau. Baru nak masuk cite, tibe-tibe aku sedar dah pagi. Memang best la kan. Lepas aku sedar tu, aku tengok laptop aku hilang! Aku ape lagi menggelabah la. Tengok tengok, laptop aku ada dekat lantai terbuka elok je. Yang peliknya, laptop aku tu jauh dari aku masa aku sedar tu. Kebetulan ayah aku pukul 2 pagi turun tengok TV. Plus, semalam aku tengok balik chat aku dengan Izzati aku ade reply dekat dia 'yee'. Seingat aku, aku tak de pulak reply tu dekat Izzati. Sah ayah aku yang alihkan. Kantoi aku on fb sampai pagi. Nasib ayah aku tak tanya. Ok lah, tangan aku dah penat dah ni lagipun aku tak mandi lagi ehehe... BYE-BYE